Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Julia Ziegler yang bakal bernikah dengan cinta hatinya, Johan yang merupakan seorang jurutera kimia pada 1 Januari tahun depan. Julia menganggap ia permulaan bagi satu kehidupan baharu buat dirinya.
Julia hanya akan mengadakan majlis pernikahan sederhana di rumah keluarga beliau di Kampung Baru. Majlis resepsi perkahwinannya turut diadakan pada hari yang sama dengan konsep “garden wedding”.
Saya pilih tarikh 1 Januari itu sebab hari Ahad, permulaan tahun baru dan permulaan hidup saya yang baru sebagai isteri. Majlis saya nanti akan diadakan secara sederhana iaitu di rumah saya sahaja di Kampung Baru.
Siang nikah malam resepsi. Konsep garden wedding. Majlis saya sehari itu sahaja termasuk dengan majlis pihak lelaki.Yang penting bagi saya adalah kehadiran keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan masa yang berkualiti bersama mereka. Saya mahukan kenangan bersama mereka di hari persandingan saya.
Menurut Julia, Johan adalah bakal suami adalah jodoh yang terbaik buat dirinya. Mereka sama-sama mempunyai sifat yang sempoi dan serasi bersama.