Siapa yang tidak tahu dengan rancangan popular Korea, Running Man? Kami rasa hampir 90 peratus rakyat Malaysia meminati program berkenaan. Namun, sejak kebelakangan ini pelbagai kontroversi tentang rancangan berkenaan membangkitkan kemarahan penonton.
Selepas isu Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook ditendang daripada Running Man, Satu perbincangan telah diadakan antara pihak produksi dan beberapa bintang Running Man yang masih kekal.
Perbincangan itu membawa kepada satu berita sedih buat peminat Running Man kerana khabarnya rancangan itu bakal berakhir selepas tujuh tahun bersiaran.
Berikut kenyataan rasmi SBS :-
Running Man members and producers gathered together in Seoul today for an emergency meeting and overcame their misunderstandings and miscommunications. After deep and lengthy discussion both sides decided to end the show at the end of February 2017. However, they decided that they did not want to end the show on such a sad note so therefore decided to have all 6 members, Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Haha, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo and Kim Jong Kook.
Kim Jong Kook dan Song Ji Hyo mengetepikan segala apa yang berlaku buat seketika semata-mata mengenangkan segala persahabatan yang terjalin sepanjang tujuh tahun didalam Running Man dan mahu meninggalkan memori indah buat peserta dan peminat rancangan itu.
Agak sedih juga apabila rancangan yang agak best seperti Running Man akan berakhir. Tentu banyak memori indah dan gelagat mereka yang menyentuh hati peminat. Apa-apa pun, kami respek dengan Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook kerana tetap ingin menjayakan episod akhir Running Man meskipun ditendang keluar daripada rancangan tersebut.